Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perdagangan China-ASEAN yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China, Jawatankuasa Penggalakkan Perdagangan Antarabangsa China, kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi akan diadakan di Nanning Guangxi China pada 3 hingga 4 November tahun ini.
Sidang tersebut merupakan sidang peringkat paling tinggi perdagangan dan pelaburan antara China dan pelbagai negara ASEAN. Sidang itu bertema "mendorong kerjasama saling menguntungkan, berkembang bersama-sama". Pegawai kanan dari China dan ASEAN, Menteri Perdagangan, ketua persatuan perdagangan yang terkenal dan pakar dari dalam dan luar negara akan membincangkan bagaimana meningkatkan kerjasama perdagangan dua hala dan banyak hala, untuk mendorong pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN".
|