Wartawan CRI melaporkan, sidang ke-4 Kumpulan Pimpinan Teknologi Maklumat Negara China telah diadakan di Beijing baru-baru ini. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam sidang tersebut menyatakan, China akan mempercapat pembangunan teknologi maklumat.
Wen Jiabao berkata, memangkin ekonomi negara dan teknologi maklumat sosial merupakan langkah penting dalam pembangunan modenisasi China. Beliau menambah, China akan memangkin pembangunan industrialisasi dengan teknologi maklumat dan menggalakkan pembangunan sosioekonomi yang berterusan dan selaras.
|