Menurut Harian Renmintibao China, Pusat Mencari dan Menyelamatkan Mangsa Gempa Bumi China telah ditubuhkan di Beijing semalam. Pusat tersebut akan membentu pasukan penyelamat bertaraf antarabangsa yang terlibat mencari dan menyelamatkan mangsa di pelbagai negara dan membuat penilaian kerugian akibat kejadian bencana gempa bumi itu. Pasukan itu akan memainkan peranan penting dalam menghadapi malapetaka dan memelihara keselamatan awam negara.
|