Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kementerian Pendidikan China memaklumkan bahawa anugerah matematik antarabangsa yang julung kali dinamakan dengan nama ahli sains iaitu Anugerah Su Buchin akan disampaikan kepada pemenangyang layak pada tahun 2007.
Mendiang Su Buqing merupakan ahli matematik yang terkenal di China. Anugerah Su Buchin dianjurkan oleh Persatuan Industri dan Matematik Gunaan (ICIAM) China dan diluluskan oleh pertubuhan antarabangsa yang berkaitan. Agugerah tersebut bertujuan untuk menggalakkan orang ramai memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan kemajuan umat manusia.
|