Menurut berita CRI, Pakar Institut Pengkajian Ekonomi Makro Syarikat Pembangunan Guangdong Saham Berhad, China Encik Guan Tongwei semasa diwawancara oleh wartawan CRI hari ini menyatakan bahawa tindakan Bank Rakyat China menaikkan kadar feadah simpanan dan pinjaman wang RMB berfaedah untuk menambah simpanan orang ramai, menstabilkan jumlah simpanan wang di sektor perbankan, menstabilkan harga barangan dan membendung inflasi.
Beliau berkata, penetapan semula kadar feadah itu bukan sahaja meningkatkan kadar simpanan wang keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana tetapi juga berfaedah bagi perkembangan industri hartanah yang seimbang dan sihat.
|