Menurut Harian Renming Ribao, Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China semalam memaklumkan, dalam tempoh 9 bulan tahun ini, rakyat China telah mendapat perlindungan pelbagai insurans sosial, antaranya orang tua, perubatan dan pengangguran yang berjumlah melebih 100 juta orang agar lebih banyak orang mendapat manfaat daripada perkhidmatan insurans sosial tersebut.
Pegawai Kementerian Buruh dan Jaminan sosial memaklumkan China akan terus meluaskan perkhidmatan pelbagai insurans sosial, meningkatkan penyertaan pekerja memiliki insurans di perusahaan bukan milik negara dan mereka yang bukan pekerja tetap, agar lebih banyak orang menikmati manfaatnya jika mereka diberhentikan kerja.
|