Wartawan CRI melaporkan bahawa Kumpulan Sains dan Teknologi Angkasa Lepas China mendedahkan semalam, teknologi penting roket pelancar generasi baru China telah mencapai kemajuan besar, cadangan perekaannya telah diselesaikan pada peringkat awal.
Dimaklumkan, roket pelancar yang baru itu merupakan roket yang mempunyai daya kuasa yang tinggi dan tidak mencemarkan alam sekitar. Berbanding roket pelancar China yang sedia ada, daya pelancar roket yang baru itu akan bertambah hampir 3 kali ganda.
|