Menurut Agensi Berita Xinhua China, Setiausaha ASEAN, Ong Keng Yong semalam menyanjung persiapan menganjurkan Ekspo China-ASEAN, beliau berkata pihak penganjur telah menyediakan suasana dan kemudahan yang baik kepada para peniaga dari pelbagai negara.
Ong Keng Yong berkata laporan yang dibuat oleh media massa negara-negara ASEAN baru-baru ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat pelbagai negara itu. China merupakan negara jiran ASEAN. Ekspo China-ASEAN itu akan mengeratkan lagi hubungan dua-hala.
|