Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN telah dirasmikan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi petang ini.
Naib Perdana Menteri China, Puan Wu Yi, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Menteri Laos, Bounngang Vorachith, Perdana Menteri Myanmar, Soe Win, Naib Perdana Menteri Thailand, Phinij Jarusombut dan Naib Perdana Menteri Vietnam, Pham Gia Khiem telah menghadiri sidang kemuncak kali ini dan masing-masing memberi ucapan dalam upacara perasmian.
Puan Wu Yi dalam ucapannya telah memperkenalkan perkembangan ekonomi China yang pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau juga melahirkan keinginan China meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara ASEAN.
Selepas perasmian sidang kemuncak tersebut, Forum Pegawai Kanan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN turut diadakan. Setiausaha Agung ASEAN, Ong Keng Yong, Pengerusi Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, encik Lu Bing dan Menteri-Menteri ekonomi dan perdagangan ASEAN telah menyampaikan ucapan dalam forum itu.
Antara mereka termasuk Menteri Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Menteri Industri dan Sumber Utama Brunei Darussalam, Pehin Dato Abdul Rahman Taib serta Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Lim Hn Kiang.
|