Wartawan CRI melaporkan, pemimpin China-ASEAN yang menyertai Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN yang diadakan di bandar Nanning bahagian selatan China menyeru dipercepat pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, untuk meletakkan asas yang lebih kukuh bagi perkembangan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak.
Perdana Menteri Myanmar Soe Win berkata, integrasi ekonomi serantau telah menjadi trend kerjasama pelbagai hala. China-ASEAN perlu meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, dan meningkatkan daya saing masing-masing.
Perdana Menteri Kemboja Hun Sen berkata, ASEAN bertekad meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China.
Naib Perdana Menteri China Wu Yi menyatakan, pihak China akan mempercepat proses rundingan dengan ASEAN tentang penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, terus menggalakkan perusahaan China meningkatkan import dari ASEAN, dan mengadakan pelaburan dua hala yang saling menguntungkan dengan ASEAN.
|