Menurut berita CRI, Forum Kemuncak Perkembangan Pengedaran Barangan dan Kerjasama Antarabangsa Moden China telah dirasmikan di Beijing hari ini. Pegawai kerajaan dari China, Jepun dan Korea Selatan yang menghadiri forum tersebut menyatakan akan meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang pengedaran barangan, agar mendorong perkembangan bersama ekonomi Asia Timur Laut.
Para peserta menganggap bahawa meningkatkan pertukaran dan kerjasama pengedaran barangan amat bererti bagi perkembangan ekonomi serantau dan menyatakan ketiga-tiga negara akan mendorong pertukaran antara kerajaan, sektor pengedaran barangan dan perusahaan antara satu sama lain.
|