Menurut Agensi Berita Xinhua, sebuah satelit pengesanan jarak jauh telah berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan hari ini, kini satelit itu telah memasuki orbit sinkronik dengan matahari yang dijadulkan.
Dilaporkan bahawa satelit itu dibawa ke ruang angkasa lepas oleh roket pembawa "Changzheng" nomber 4 pagi tadi. Satelit itu akan digunakan untuk membuat penyelidikan sumber tanah, pemantauan alam sekitar dan perancangan pembinaan bandar.
Setakat ini, China telah secara berterusan berjaya melancarkan roket sebanyak 40 kali semenjak tahun 1996, ini menandakan China telah mencapai taraf maju di dunia dalam bidang pelancaran angkasa lepas.
|