Menurut berita CRI, Suruhanjaya Pencegahan dan Perubatan Penyakit AIDS Dewan Negara China hari ini mengeluarkan pemberitahuan menuntut supaya propoganda "Hari Penyakit AIDS Sedunia" tahun ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh di pelbagai tempat China.
"Hari Penyakit AIDS Sedunia" tahun ini bertema "tumpukan perhatian terhadap kaum wanita, banteras penyakit AIDS", bertujuan untuk menggalakkan kaum wanita bersama-sama seluruh masyarakat membanteras penyakit AIDS.
Berdasarkan pemberitahuan itu, propoganda harus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pengetahuan seluruh masyarakat terhadap pencegahan dan perubatan penyakit itu.
|