Menurut Agensi Berita Xinhua, setakat pukul enam pagi tadi, tugas menjana kuasa elektrik yang diaturkan oleh kerajaan China telah diselesaikan oleh loji jana kuasa elektrik Tiga Gaung Sungai Yangtze. Berdasarkan maklumat pegawai loji jana kuasa elektrik Tiga Gaung Sungai Yangtze tersebut, jumlah elektrik yang dijana pada tahun ini akan mencatat 38 bilion kilowatt/jam, lebih banyak 5.7 bilion kilowatt/jam daripada rancangan kerajaan.
Sejak unit generator pertama dari loji jana kuasa elektrik Tiga Gaung Sungai Yangtze beroperasi pada bulan Julai tahun lalu, sebanyak 10 unit generator yang setiap unit generator mencatat 700 ribu kilowatt menjana kuasa elektrik pada masa ini. Berdasarkan pengiraan, jumlah penjanaan elektrik dari loji jana kuasa elektrik Tiga Gaung Sungai Yangtze dalam tempoh seluruh tahun pada tahun ini sama dengan jumlah penjanaan elektrik dengan yang membakar 20 juta tan arang batu.
|