Menurut Akhbar Sekuriti Shanghai, Gabenor Bank Rakyat China Zhou Xioachuan semalam di Shanghai menyatakan China akan terus mengekalkan dasar kewangan yang stabil pada tahun depan. Beliau berkata, Bank Rakyat China akan memantau keadaan inflasi, pelaburan dan lain-lain.
Semasa menyebut kadar nilai pertukaran matawang RMB, beliau berkata penetapan dasar kadar nilai pertukaran matawang Bank Rakyat China melibatkan pelbagai faktor. Selain itu, China akan membatalkan kawalan yang tidak perlu supaya pasaran boleh dijalankan dengan baik.
|