Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri China Zeng Peiyan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China hari ini menyatakan bahawa China tidak akan mengubah strategik pembangunan secara besar-besaran di kawasan bahagian barat; tahap sokongan terhadap pembangunan secara besar-besaran di kawasan bahagian barat tidak akan dikurangkan.
Demikian dinyatakan oleh Zeng Peiyan dalam upacara perasmian Forum Pembangunan Bahagian Barat China 2004 yang dirasmikan hari ini. Forum itu akan diadakan selama dua hari dengan tema: mengekalkan pandangan penggunaan ains dalam pembangunan, meningkatkan pembangunan menyeluruh, selaras dan berterusan di kawasan barat.
|