Menurut akhbar "Beijing Morning", ahli sains China mengumumkan hari ini bahawa mereka berjaya menghasilkan ikan robot yang boleh digunakan dalam kajian arkeologi di dalam air.
Pakar berkenaan berkata, ikan robot tersebut bukan sahaja boleh digunakan dalam kajian arkeologi di dalam air, tetapi juga boleh digunakan untuk penggambaran di dalam air, penyelidikan laluan air yang sempit, penyelidikan sains samudera dan pengukuran muka bumi di dasar laut dan pelaksanaan tugas penyelamatan mangsa di dalam air.
|