Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-28 10:56:08    
Donald Tsang Yam-Kuen: Kapal Angkasa Lepas "Shenzhou VI" Tingkatkan kebanggaan Penduduk Hong Kong Sebagai Warga China

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Donald Tsang Yam-Kuen di Hong Kong semalam menyatakan bahawa kejayaan pelancaran kapal angkasa lepas "Shenzhou" VI telah meningkatkan kebanggaan penduduk Hong Kong sebagai warga China.

Zeng Yinquan dalam majlis jamuan makan malam untuk mengalu -alukan delegasi kapal angkasa lepas "Shenzhou" VI yang diadakan oleh kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong semalam berkata bahawa lawatan delegasi kapal angkasa lepas "Shenzhou" VI ke Hong Kong itu pasti akan meningkatkan secara berterusan pengetahuan penduduk Hong Kong, khususnya generasi muda terhadap pembangunan sains dan teknologi angkasa lepas negara. Penduduk Hong Kong menumpukan perhatian yang tinggi terhadap pembangunan sains dan teknologi serta usaha angkasa lepas negara. Beliau percaya bahwa mereka amat menghargai pertemuan itu.