Pengumuman Aktiviti Foto “On The Road”

2019-03-20 10:46:10  CRI
Share with:

Aktiviti foto "On The Road" anjuran CRI Online dilancarkan secara rasmi pada 28 Februari 2018. Pihak penganjur mengundang netizen dari seluruh dunia mengirimkan karya foto melalui platform media baharu dan media sosial serta wadah kerjasama asing dalam pelbagai bahasa.

Aktiviti ini adalah untuk memaparkan kemajuan yang dibawa pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan menerusi lensa kamera, sekali gus memperlihatkan semangat Jalan Sutera yang berteraskan prinsip kerjasama secara damai, terbuka dan inklusif, serta saling belajar dan saling untung.

Foto-foto yang dihimpunkan akan mengabadikan persahabatan, pertukaran budaya dan keikhlasan ikatan antara rakyat China dengan rakyat di negara-negara Jalur dan Laluan.

Ayuh, kongsikanlah kisah-kisah BRI dalam lensa anda!

 

A. Tempoh Aktiviti

28 Februari - 28 Mac 2019

 

B. Tema Karya

Jalur dan Laluan dalam lensa anda

 

C. Syarat Penyertaan

1.   Foto mestilah karya digital asal. Kamera dan telefon pintar boleh digunakan.

2.   Foto boleh dikategorikan sebagai tunggal dan bersiri, dan boleh berwarna ataupun hitam putih. Jumlah foto bersiri mestilah antara 3 hingga 10. Format yang diterima ialah JPEG.

3.   Tiada syarat kewarganegaraan. Sertakan nama pemilik foto, kewarganegaraan, nombor telefon dan lokasi penggambaran, dengan tajuk dan penjelasan foto (tidak melebihi 150 patah perkataan).

4.   Sewaktu mengirim foto, kisah-kisah di sebaliknya juga boleh disertakan (tiada had perkataan).

 

D. Cara Penyertaan

E-mail kami: withyou2019@qq.com

atau

Muat naik ke Facebook dan @Bahagian Bahasa Melayu CRI

 

E. Pemilihan

Foto-foto akan dipilih secara terbuka dan adil oleh panel pakar dan menerusi pengundian atas talian.

 

F. Hadiah

1.   10 penyertaan terbaik akan dianugerahkan sijil penghargaan, berserta jemputan untuk mengambil bahagian dalam upacara penganugerahan dan aktiviti fotografi di China.

2.   100 penyertaan lain akan dianugerahkan sijil penghargaan dan hadiah istimewa.

3.   Peserta yang berkongsi kisah-kisah di sebalik karya foto berpeluang mendapat hadiah istimewa.

 

G. Terma Lain

1.   Foto yang dikirimkan tidak akan dipulangkan selepas aktiviti berakhir. Penganjur berhak menggunakan dan membenarkan pihak ketiga menggunakan foto terbabit, sama ada dalam bentuk pameran, promosi mahupun penerbitan.

2.   Foto boleh diedit menggunakan perisian, tanpa mengubah rupa asalnya.

3.   Peserta yang didapati menciplak akan hilang kelayakan.

4.   Foto pemenang akan dihimpunkan dalam album “On The Road” dan dipamerkan di platform CRI Online dalam pelbagai bahasa.

5.   Tiada bayaran penyertaan.

王瑾