Menurut berita CRI, Menteri Hal-Ehwal Politik, Sosial dan Keselamatan Indonesia Bambang Yudhoyon hari ini di Jakarta berkata bahawa Indonesia dan Amerika Syarikat akan mengintensifkan kerjasama dalam anti keganasan, membanteras bersama pelbagai kegiatan keganasan.
Demikian dikatakan oleh Bambang Yudhoyon semasa menemui Setiausaha Jabatan Keselamatan Negara Amerika Syarikat Tom Ridge. Beliau berkata bahawa kedua pihak berpendapat bahawa keganasan tetap merupakan ancaman serius terhadap rakyat kedua negara. Indonesia dan Amerika Syarikat seharusnya mengintensifkan secara berterusan kerjasama dalam bidang antikeganasan.
|