Masjid Fuyoulu, Shanghai
2011-10-27 14:06:13 CRI

Masjid Fuyoulu yang juga dipanggil Masjid Jalan Chuanxinjie terletak di jalan Fuyoulu, daerah Huangpu di Shanghai. Masjid tersebut yang terletak di tepi jalan, luasnya lebih 1173 meter persegi.

Masjid Fuyoulu dibina pada tahun 1870 semasa pemerintahan Maharaja Tongzhi pada zaman Dinasti Qing menerusi sumbangan beberapa orang peniaga Nanjing yang berurus niaga di Shanghai. Pada asalnya, masjid tersebut tidak begitu besar dan reka bentuk bangunan mengambil ciri-ciri bangunan tradisional di kawasan selatan China. Bangunan masjid dibina menggunakan batu bata dan kayu.

Masjid Fuyoulu telah beberapa kali diperbaiki. Pada tahun 1936, bangunan di bahagian hadapan dari tepi jalan yang bertingkat satu telah diruntuhkan dan dibina semula menjadi bangunan bertingkat empat yang menyediakan pejabat Imam, bilik mesyuarat dan perpustakaan. Menara azan juga dibina di atas bangunan tersebut.

Pintu masuk Masjid Fuyoulu

Pintu masuk ke halaman masjid tersebut yang diperbuat daripada besi terbuka ke arah utara. Tiga perkataan yang bermaksud "Masjid" dalam bahasa Mandari terpampang di atas pintu itu. Ukiran khat perkataan Arab bismillah terpampang pada dinding tembok bahagian dalam sebelum masuk ke halaman masjid.

Halaman dalam masjid tersebut berbentuk empat segi panjang. Bilik wuduk di utaranya, manakala tiga dewan sembahyang di selatannya. Reka bentuk dewan sembahyang masjid tersebut coraknya seperti istana tradisional China yang diperbuat daripada kayu. Keluasannya kira-kira 450 meter persegi. Pelbagai corak dan ukiran bunga menghiasi bumbung dewan sembahyang. Imam Zhao Xueyi, salah seorang daripada tiga Imam masjid tersebut berkata masjid berkenaan dapat menampung sebanyak 800 orang bilangan jemaah pada satu-satu masa.

Masjid tersebut terletak di kawasan yang sibuk di Shanghai pada zaman dahulu dan laluan ke masjid sekelilingnya amat mudah. Masjid itu sudah sekian lama menjadi pusat aktiviti politik, keagamaan dan kebudayaan bagi umat Islam di Shanghai. Imam Da Pusheng, salah seorang daripada empat Imam besar yang terkenal di China yang juga dianggap sebagai sarjana dan pendidik yang terkenal. Beliau menjadi Imam Masjid Fuyoulu selama 10 tahun iaitu dari tahun 1928 hingga 1937 dan memberi sumbangan besar bagi penyebaran dan perkembangan Islam di China.


1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China