Masjid Fuyoulu, Shanghai
2011-10-27 14:06:13 CRI

Panduan Lalu Lintas ke Masjid Fuyoulu, Shanghai

Masjid Fuyoulu, Shanghai

Add: No. 378 Jalan Fuyoulu, Daerah Huangpu, Shanghai

Tel: 0086-21-63282135

Poskod: 200010

Bas yang melalui Masjid Fuyoulu termasuk:

781、782、783、42、932 (stesen Jalan Fuyou Jalan Lishui);

24、64、581、715 (stesen Yuyuan);

66、929、laluan Fangchuan (stesen Jalan Fuyou Jalan Selatan Henan).

 

Peta Laluan Subway di Shanghai

Hanya 10 minit sahaja masa diambil dengan berjalan kaki dari Masjid Xiaotaoyuan ke Masjid Fuyoulu. Masjid Xiaotaoyuan terletak di barat daya persimpangan jalan Fuxingdonglu dengan Jalan Henannanlu. Perlu menyeberang persimpangan jalan tersebut ke utara dan berjalan kaki kira-kira 300 meter untuk sampai ke masjid Jalan Fuyoulu. Dari situ terus berjalan kira-kira 50 meter ke timur di Jalan Fuyoulu sehingga melihat pintu masuk Masjid Fuyoulu di sebelah kanan jalan tersebut.

Masjid Fuyoulu terletak di kawasan yang makmur di Shanghai kerana terdapat banyak destinasi pelancongan terkenal yang melambangkan keistimewaan Shanghai pada zaman lama seperti Taman Yuyuan, Kuil Chenghuang dan Jalan Lama Shanghai yang terletak tidak jauh daripada masjid tersebut.


1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China