Masjid Xiaotaoyuan, Shanghai
2011-10-27 14:06:18 CRI

Pintu utama Masjid Xiaotaoyuan

Masjid Xiaotaoyuan yang terletak di No. 52 Jalan Xiaotaoyuan, Daerah Huangpu, bahagian selatan Shanghai dibina pada tahun 1917. Pada tahun 1925, masjid ini dibina semula pada tapak yang sama. Projek pembinaan kali ini mengambil masa selama lima tahun iaitu siap pada tahun 1930. Reka bentuk bangunan Masjid Xiaotaoyuan penuh dengan keistimewaan Islam seperti di tanah Arab.

Ukiran khat perkataan Arab bismillah terpampang pada dinding luar sebelum masuk ke halaman masjid.

Masjid Xiaotaoyuan dianggap sebagai bangunan bersejarah yang bernilai di bandar Shanghai oleh kerajaan tempatan pada tahun 1994.

Halaman yang kemas dan bersih dalam masjid.

Kedai yang menjual barang kenang-kenangan

Papan maklumat digital

Dewan sembahyang

Dewan sembahyang Masjid Xiaotaoyuan boleh menampung hampir 500 orang bersolat pada satu-satu masa. Dewan sembahyang itu bertingkat dua. Kubahnya yang besar jarang terdapat pada masjid-masjid lain di China. Ukiran "Xian Yang Zheng Jiao" yang bermaksud "mengembangkan agama" tertulis pada sebuah papan yang digantung pada bahagian atas pintu masuk ke dewan sembahyang.


1 2 3
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China