Perpustakaan dan bilik ceramah disediakan dalam bangunan yang bertingkat tiga di hadapan dewan sembahyang untuk anggota jemaah membaca buku atau mendengar ceramah agama.
Pejabat Persatuan Islam Shanghai dan Suruhanjaya Pengawalan Masjid Shanghai terletak di bangunan dua tingkat di halaman masjid itu.
Ketua Persatuan Islam Shanghai yang juga Imam Masjid Xiaotaoyuan, Haji•Hassan•Bai
Inilah dewan mesyuarat yang digunakan untuk meraikan pengunjung dari pelbagai negara.
Bilik wuduk
Sejarah masjid Xiaotaoyuan dicatat pada sebuah batu bersurat dalam halaman masjid.
Kini, semakin ramai pengunjung Islam dari luar negara seperti Malaysia, Pakistan, Arab Saudi dan Mesir mengunjungi masjid ini. Selain itu, orang Islam dari Ningxia, Xinjiang, Qinghai, Henan dan Shandong yang belajar atau bekerja di Shanghai juga bersolat di masjid ini terutama pada hari Jumaat. Masjid Xiaotaoyuan sudah menjadi tempat kegiatan keagamaan yang penting masyarakat Islam di Shanghai.
Bulan sabit yang terletak pada kubah Masjid Xiaotaoyuan agak jelas kelihatan dari tempat yang lebih tinggi.