Masjid Qingdao, Mutiara di Tepi Laut Kuning China
2011-11-10 13:25:27 CRI

Seni bina masjid tersebut menggabungkan ciri bangunan tradisional China dan negara-negara Arab. Pejabat imam, bilik mesyuarat, dewan Khutbah, tempat berwuduk dan kantin semuanya disediakan di tingkat bawah masjid tersebut. Manakala, dewan sembahyang yang luasnya lebih 500 meter persegi terletak di tingkat atas. Lampu kristal yang besar digantung pada bumbung kubah dalam dewan utama yang menerangkan setiap sudut dewan.

Kini, jumlah penduduk Islam mencapai 10 ribu orang di Qingdao. Ribuan restoran makanan halal terdapat di mana-mana sahaja di bandar tersebut. Semasa hari Jumaat, empat atau lima ratus orang jemaah dalam dan luar negara bersolat di masjid ini. Angka tersebut akan meningkat sehingga lima atau enam ribu orang semasa Hari Raya Adilfitri dan Hari Raya Adil Adha.

Beberapa orang imam muda di Masjid Qingdao mengambil konsep baru untuk menguruskan masjid tersebut. Mereka berusaha menyelaraskan agama Islam dengan masyarakat sekitar dan mendorong keharmonian masyarakat, agama dan pelbagai etnik. Untuk membantu umat Islam dan bukan Islam lebih mengetahui dan memahami tentang agama Islam dan orang Islam, mereka membuka laman web Yilanxiang (http://www.bdylx.com). Selain itu, majalah mingguan "Remaja Muslim" diterbitkan setiap minggu. Sementara itu, ceramah khas akan diadakan sekali sebulan. Tokoh-tokoh terkemuka akan dijemput untuk menyampaikan ucapan semasa ceramah tersebut.

------Melur (Zhangxian)


1 2 3
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China