Kaunti Boai yang terletak di kawasan bandar Jiaozu, provinsi Henan mempunyai sejarah yang lama. Jumlah penduduk etnik minoriti terutamanya penduduk etnik Hui yang memegang agama Islam sejak turun-temurun mencatat lebih 20 ribu orang dan menduduki 4.5% dalam jumlah penduduk kaunti tersebut.
Masjid Xiguan yang juga dikenali sebagai Masjid Cenderawasih di kaunti Boai sudah bersejarah lebih 600 tahun dan merupakan masjid yang amat terkenal di provinsi Henan. Masjid yang luasnya melebihi 0.8 hektar itu mempunyai lebih 80 buah bilik termasuk bangunan melaungkan azan, 5 buah bilik wuduk, 3 buah bilik imam dan ruang sembahyang yang luasnya 1,500 meter persegi dan boleh memuat 1,600 orang sembahyang berjemaah. Masjid yang juga menjadi pejabat Persatuan Islam Boai tersebut menyediakan kemudahan beribadat kepada lebih 6 ribu orang umat Islam di kawasan tersebut.