Masjid Xiguan di Kaunti Boai, Henan
2011-11-10 13:25:17 CRI

Bangunan-bangunan di dalam Masjid Xiguan amat megah dan bergaya seni bina yang cantik. Terdapat ramai umat Islam dari kawasan-kawasan yang lain menuntut ilmu tentang agama di masjid tersebut. Pada Julai 1982, masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat kaunti. Menurut imam Masjid Xiguan, pihaknya sedang memohon untuk disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat provinsi.

Seramai kira-kira 20 orang imam telah berkhidmat di Masjid Xiguan. Imam pada masa ini Chen Hongfei. Beliau dilahirkan pada bulan September 1960 dan menyandang pelbagai jawatan seperti ahli Persatuan Islam China dan anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat Provinsi Henan. Beliau berusaha mengembangkan agama Islam, meningkatkan taraf pendidikan Islam serta pertukaran budaya antara China dengan negara-negara Arab. Selain itu, beliau telah beberapa kali meraih hadiah dalam pertandingan tilawatil Quran di Henan.

1 2 3
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China