Masjid Xiadian
2011-11-10 13:25:21 CRI

Pekan Xiadian terletak di bahagian utara kaunti Autonomi Hui Dachang yang sejauh 40 kilometer dari kawasan bandar Beijing. Dalam hampir 6 ribu orang penduduk di pekan tersebut, terdapat lebih 400 orang penduduk etnik Hui yang memegang kuat agama Islam sejak turun-temurun. Pekan Xiadian menjadi pusat perdagangan ternakan yang paling besar di bahagian utara China sejak zaman dahulu.

Masjid Xiadian yang dibina pada tahun 1580 Masihi terdiri daripada 28 buah bilik termasuk gedung melaungkan azan, bilik wuduk dan ruang sembahyang dan merupakan masjid yang terkenal di sebelah timur bandar Beijing. Tetapi bangunan masjid yang asal telah musnah dalam Revolusi Budaya yang dilaksanakan di China pada tahun 1965 hingga 1975. Pada tahun 1982, kerajaan tempatan menjadikan pejabatnya sebagai masjid sementara untuk umat Islam di kawasan tersebut.

1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China