Masjid Xiadian
2011-11-10 13:25:21 CRI

Pada tahun 1994, pekan Xiadian dilanda banjir yang dahsyat. Bangunan masjid sementara itu telah musnah dalam bencana tersebut. Dengan bantuan kerajaan tempatan, imam Masjid Xiadian mengetuai umat Islam di kawasan itu menjalankan projek untuk membina semula bangunan masjid. Pada 2 Mac 1995, upacara meletakkan batu asas bagi projek membina semula Masjid Xiadian telah diadakan. Pegawai dari Persatuan Islam China, dan pegawai kerajaan tempatan telah menghadiri upacara tersebut.

Dengan usaha gigih pelbagai pihak, Masjid Xiadian telah siap dibina semula pada masa dua tahun kemudian. Pada masa ini, Masjid Xiadian yang mempunyai bangunan cantik dan kemudahan yang selera telah menarik sejumlah besar umat Islam tempatan dan dari kawasan-kawasan yang lain datang untuk beribadat.


1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China