v Pasar Raya Islam Niujie
Pasa Raya Islam Niujie, yang terletak di Jalan Niujie, Daerah Xuanwu, merupakan pasar raya berskala besar yang menjual produk halal di China. Luasnya hampir 2,000 meter persegi dan rak-rak di pasar raya itu dipenuhi oleh 6,000 jenis barangan.
v Pasar Raya Islam Bailekai
Pasar Raya Islam Bailekai, yang diuruskan oleh Persatuan Agama Islam Daerah Dongcheng, terletak antara Kawasan Kediaman Nanmencang dengan Kawasan Kediaman Douban di Dongsi, yang didiami kira-kira 700 buah keluarga Muslim.
v Pasar Pakaian Nurenjie
Pasar Pakaian Nurenjie, salah sebuah pasar pakaian yang agak besar di Beijing, ditubuhkan pada 22 September tahun 2001. Ia terletak di kawasan kedutaan besar negara asing di Beijing, iaitu Daerah Chaoyang.
v Pasar Hongqiao
Pasar Hongqiao, salah sebuah pasar produk tambahan pertanian yang paling besar di Beijing, terkenal dengan hasil air dan barang hiasan daripada mutiara. Ia juga merupakan pusat pengedar barang-barang mutiara yang agak penting di Beijing.
v Pasar Borong Guanyuan
Pasar Guanyuan terletak di sebelah barat persimpangan Jalan Ping'an dengan Lebuh Raya Lingkaran Ke-2, dan berhampiran dengan Chegongzhuang Stesen Kereta Api Bawah Tanah Laluan Kedua (line 2).
SearchYYMMDD  
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040