Pengumuman
Sertai dan pilih "Sepuluh Berita Asia Tenggara yang Paling Penting Tahun 2011" mengikut pendapat anda. Marilah kita mengimbas kembali tahun 2011.
Program ini menawarkan "Hadiah Penyertaan" kepada 30 pengundi, buatlah pilihan, anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat daripada CRI.
Tarikh program:
Program bermula pada 12 Disember dan berakhir pada 28 Disember 2011. Anda boleh membuat pilihan melalui laman web kami, https://malay.cri.cn. Anda juga boleh mengirim e-mel kepada kami melalui mal@cri.com.cn
Perhatian:
Sila pastikan alamat e-mel anda betul dan berfungsi bagi memastikan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah kami.
Mengundi
Senarai Pilihan

1. Industri Kewangan ASEAN Diperkukuh, Bursa Sekuriti Pertama di Laos dan Kemboja
Bursa sekuriti pertama di Laos dirasmikan di Vientiane pada 11 Januari 2011. Pada Julai 2011, bursa sekuriti pertama di Kemboja ditubuhkan dan akan mula beroperasi pada Januari 2012. Setakat ini, semua negara ASEAN kecuali Myanmar mempunyai bursa sekuriti.

2. "Single Visa" ASEAN akan Diperkenalkan

Pada 17 Januari 2011, Sidang Menteri Pelancongan ASEAN diadakan di Phnom Penh. Sidang berkenaan telah membincangkan dan meluluskan Rancangan Strategi Pembangunan Pelancongan ASEAN 2011-2015. Sasaran utama rancangan itu adalah memperkenalkan "Single Visa" dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Setelah visa itu diperkenalkan, pelancong di luar rantau ASEAN boleh melancong semua negara ASEAN dengan memegang visa itu.

3. Kumpulan Pemimpin Baharu Vietnam Terpilih
Kumpulan pemimpin baharu Vietnam terpilih semasa Perhimpunan Kebangsaan Ke-11 Parti Komunis Vietnam pada 19 Januari 2011. Nguyen Phu Trong menggantikan Nong Duc Manh dan dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam. Ini menandakan peralihan kumpulan pemimpin negara berkenaan.

Lihat 15 Berita Penuh...

Pihak Kerjasama

• Utusan Online
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China