Cari:
Perutusan Tahun Baharu 2018 Presiden CRI
2018-01-01 10:10:29 CRI Cetak

Di ambang 2018, Presiden Radio Antarabangsa China (CRI), Wang Gengnian menyampaikan salam tulus ikhlas kepada semua pendengar di seberang laut menerusi gelombang radio dan Internet.

Beliau menyatakan bahawa semua pendengar di seluruh pelosok dunia adalah sahabat karib bagi CRI. Segala pencapaian CRI tidak dapat dipisahkan daripada sokongan para pendengar.

Pada tahun baharu ini, CRI akan terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan maklumat yang lebih bermutu bagi memperbanyakkan platform yang membolehkan rakan-rakan di serata tempat lebih memahami China dan dunia.

"Kawan-kawan sekalian yang dihormati, pada detik-detik penuh harapan ini, saya bagi pihak CRI dan CIBN mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada anda. Semoga anda semua sejahtera, sihat dan bahagia!"

"Tahun 2017 amat signifikan bagi China. Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan dengan jayanya telah merangka cetak biru bagi pembangunan China pada masa depan, yang turut menyumbang kepada tadbir urus sejagat. "

Beliau berkata,

"Sepertimana yang dinyatakan oleh Franka Gulin, seorang pendengar CRI, Kongres Kebangsaan ke-19 PKC bukan sahaja peristiwa penting bagi China, malah tumpuan dunia. China yang melakar kejayaan bersejarah dalam tempoh lima tahun lalu, mampu mencipta masa depan lebih cemerlang."

Pada awal tahun lalu, Presiden China, Xi Jinping mengemukakan wawasan komuniti berkongsi nasib sesama insan dalam ucaptama semasa Forum Ekonomi Dunia Davos di Switzerland.

Pada Mei lalu, China menganjurkan Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) di Beijing, disusuli pertemuan pemimpin-pemimpin negara BRICS di Xiamen pada September lalu serta dialog peringkat tinggi antara PKC dengan parti-parti politik di dunia. Kesemua acara membuahkan hasil memuaskan.

Saranan dan amalan China dalam usaha mengejar keamanan, pembangunan, keuntungan bersama dan keterbukaan menjadi bukti negara ini semakin yakin diri, inklusif dan matang.

Pada zaman ini, pola antarabangsa dan perbezaan kekuatan telah mengalami perubahan besar, manakala pembentukan order politik dan ekonomi antarabangsa baharu dipercepat. Kedamaian, penbangunan dan kerjasama saling menguntungkan telah menjadi arus sezaman.

Interaksi adalah jambatan bagi memperkukuh persefahaman dan persahabatan.

Pada tahun lalu, CRI terus mengorak langkah mengetengahkan diri sebagai media antarabangsa model baharu bersepadu yang moden.

CRI bukan sahaja meneroka platform multimedia yang melibatkan radio, video, Internet dan surat khabar, malah jenama sendiri seperti Zhonghua (China), melalui media baharu alat mudah alih dan media sosial dalam pelbagai bahasa.

Antara produk media terbitan CRI, termasuk klip video, H5, animasi dan grafik, yang disampaikan bagi memenuhi keperluan pendengar.

CRI yang sentiasa berusaha mendekati hati pendengar, giat menjalin kerjasama dengan media asing dari serata dunia.

Untuk membawa cerita-cerita dan pengalaman China kepada dunia, CRI meneroka saluran baharu pertukaran budaya dengan negara-negara lain, antaranya termasuk filem alih bahasa yang dapat dinikmati semua.

Kawan-kawan, sebagaimana benih tidak dapat bercambah tanpa cahaya matahari, hujan dan tanah subur, begitu juga hubungan CRI dengan pendengar.

Pada tahun 2017, interaksi antara CRI dengan pendengar mencatat 95 juta, jumlah peminat media sosial CRI di seberang laut melebihi 62 juta, manakala pengguna aplikasi mudah alih pula lebih 26 juta. Kesemua angka ini mencatat rekod baharu.

Pendengar adalah sahabat karib CRI yang sentiasa dekat di hati. Setiap "like", setiap komen dan setiap pucuk surat daripada anda penuh dengan harapan dan sokongan. Saya bagi pihak CRI mengucapkan terima kasih kepada anda semua.

Pada tahun baharu ini, CRI akan terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan maklumat yang lebih bermutu dan pantas bagi memperbanyakkan platform yang membolehkan rakan-rakan di serata tempat lebih memahami China dan dunia.

Semoga persahabatan kekal abadi. Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Tahun Baharu! Terima kasih!

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China