Cari:
Juara Sukan Olimpik Zhang Yining Berkahwin
2009-10-19 16:29:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Upacara perkahwinan Juara Sukan Olimpik, Zhang Yining dengan Xu Wei, seorang peniaga yang berjaya telah diadakan di Hotel Grand Hyatt Beijing di Jalan Wangfujing petang semalam. Upacara tersebut telah menjadi medan pertemuan besar kalangan pingpong China. Cai Zhenhua, Deng Yaping, Ma Lin, Wang Nan, Guo Yue serta beberapa orang jurulatih dan atlet pasukan pingpong negara telah datang untuk menyampaikan ucapan tahniah. Selain itu, juara gimnastik dunia, Li Ning dan Liu Xuan pun turut hadir dalam upacara perkahwinan juara Olimpik ini. Ketika diwawancara sebelum upacara perkahwinannya itu, Zhang Yining menyatakan bahawa beliau tidak akan menarik diri daripada dunia sukan kerana berkahwin.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China