Cari:
Kaedah untuk Mengurangkan Lemak pada Pinggang dan Perut
2010-11-02 16:16:14 CRI Cetak

Kebanyakan orang yang gemuk mempunyai bentuk badan 'buah pir', yang bermakna pengumpulan lemak lebih tertumpu pada paha, pinggul, perut dan pinggang. Lemak yang mengisi ruang antara organ dan mengelilinginya di bahagian perut dan pinggang dikatakan lebih berbahaya dibandingkan dengan di tempat lain kerana ia boleh menyebabkan organ gagal berfungsi dan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser usus dan penyakit-penyakit lain. Walapun lemak dapat dihilangkan secara pembedahan sedut lemak, tetapi, untuk meningkatkan tahap kesihatan kita, cara yang terbaik untuk menghilangkan lemak di perut dan pinggang ialah bersenam, mengamalkan cara hidup yang sihat dan menjaga pemakanan.

Pertama bersenam. Senaman aerobik seperti berjalan cepat, menari, berjoging, berbasikal, bermain badminton, memanjat tangga dan tidak menggunakan lift. Berbasikal atau berenang boleh membantu membakar lemak di pinggang dan perut dengan cepat dan menjamin kesihatan badan. Masa untuk bersenam bukannya lebih lama lebih berkesan. Menurut hasil kajian, melakukan senaman 270 hingga 300 minit seminggu, iaitu 4 jam setengah hingga 5 jam lebih berkesan untuk mengurangkan berat badan.

Kedua mengamalkan cara hidup yang sihat. Ketika makan, suasana perlu dipastikan tenang, jangan makan sambil menonton TV. Makanan perlu dikunyah dengan secukupnya sebelum ditelan. Jangan duduk atau tidur sebaik sahaja selepas makan, sebaliknya berdiri, bersiar-siar atau mengemaskan barang-barang selama setengah jam kerana cara ini membantu mengurangkan pengumpulan lemak di perut dan membantu menghadam makanan. Selain itu, pastikan postur tubuh sentiasa dalam keadaan yang betul, mengekalkan badan yang tegak semasa berjalan, berdiri dan duduk. Cara ini membantu untuk menguatkan otot perut. Dapatkan tidur secukupnya. Tidur terlalu sedikit (kurang daripada enam jam) atau terlalu banyak (lebih daripada lapan jam) menyebabkan badan menghasilkan berlebihan hormon tekanan, kortisol. Hormon ini merangsang penyimpanan lemak di pinggang dan perut.

Ketiga menjaga pemakanan. Kita mesti lebih prihatin terhadap apa yang kita makan. Makanlah makanan mengandungi banyak serat. Serat bukan saja membuat kita cepat kenyang, tetapi kenyang lebih lama. Ia akan menahan kita daripada makan berlebihan. Makanan ringan dan makanan yang berlemak hendaklah dikurangkan. Kurangkan makan makanan yang manis, gula, pai dan "pastry" berempah, biskut, kek dan makanan rangup kerana semua ini mempunyai banyak lemak dan kurang nutrien. Di samping itu, gantikan susu berlemak penuh dengan yang kurang lemak. Bahan makanan hendak dimasak secukupnya. Kalau tidak, kanji dalam sayur-sayuran dan bijirin akan mengeluarkan karbon dioksida dalam usus yang boleh membuncit perut. Yogurt dan produk susu yang dihasilkan dengan penapaian membantu untuk memperbaiki sistem penghadaman dan mengelakkan perut menjadi buncit.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China