Cari:
Inovasi Sains dan Teknologi Tingkatkan Daya Saing Antarabangsa China
2008-11-14 08:53:11 CRI Cetak

Sains dan teknologi China berkembang pesat dan daya inovasi kian meningkat dalam tempoh 30 tahun setelah China mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Menurut laporan daripada Jabatan Statisitik Negara, China telah menjadi negara pengkajian sains yang keenam terbesar di dunia. Jumlah ahli sains China merupakan yang kedua tertinggi di dunia.

Menurut laporan tersebut, industri sains dan teknologi canggih yang berkembang pesat telah meningkatkan jumlah eksport barangan dalam bidang tersebut. Jumlah eksport barangan sains dan teknologi canggih China mencatat 347.8 bilion dolar Amerika pada tahun 2007, 482 kali ganda daripada yang pada tahun 1986.

Selain itu, China telah mencapai kemajuan yang besar dalam pelbagai bidang sains dan teknologi canggih seperti padi kacuk, komputer canggih dan susunan gen manusia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China