Dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan China dalam masa 30 tahun yang lalu memberikan perubahan yang amat besar kepeda hubungan China dengan dunia luar dan membuka lembaran baru dalam sejarah diplomatiknya.
Naib Presiden Universiti Hal-Ehwal Luar China, Encik Zheng Qirong, ketika diwawancara oleh wartawan, menyatakan bahawa sepanjang 30 tahun yang lalu, China memainkan peranan yang lebih penting dalam urusan antarabangsa dan telah mencapai kemajuan besar dalam mengembangkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan pelbagai negara di dunia. Kata beliau: "dasar luar kerajaan China yang berkecuali dan damai telah disempurnakan dari semasa ke semasa dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka sejak 30 tahun yang lalu. Kejayaan cemerlang yang dicapai dalam hubungan diplomatik ini berdasarkan warisan fikiran daripada pemimpin generasi lama seperti Mendiang Mao Zedong dan Mendiang Zhou Enlai, dan pengubasuaian yang dibuat berdasarkan perubahan semasa dalam situasi antarabangsa."
Sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada tahun 1978, China mengamalkan dasar luar berdasarkan prinsip damai dan berkecuali dan bersedia mengembangkan hubungan dengan sebarang negara tanpa mengira apa jenis sistem masyarakatnya.
Dengan mengamalkan dasar luar yang demikian, China berjaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan A.S. pada tahun 1979, dan memulihkann hubungan dengan Kesatuan Soviet pada tahun 1989. Naib Ketua Institut Ekonomi dan Politik Dunia Akademi Sains Sosial China, Wang Yizhou berpendapat bahawa hal ini menandakan bermulanya pelaksanaan dasar luar yang terbuka dan pragmatik oleh China. Kata beliau: "Dasar pembaharuan dan pintu terbuka tidak dapat dilaksanakan dengan lancar di China tanpa tanggapan yang tepat daripada pemimpin China, Mendiang Deng Xiaoping terhadap situasi luar dan dasar luar China pada masa itu. Menurut beliau, China mempunyai masa untuk membangunkan negara kerana situasi antarabangsa dianggap pada masa itu. Tanggapan yang demikian turut membuka lembaran baru dalam sejarah diplomatik China.
Sejak memasuki abad ke-21, kerajaan China mengamalkan dasar luar yang semakin pragmatik dan munasabah, serta menjadi lebih matang dalam mengendalikan urusan antarabangsa. "Dunia yang harmoni" merupakan satu konsep utama dalam mengamalkan dasar luar sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu. Presiden China, Hu Jintao menyatakan: "Rakyat China berharap dapat meningkatkan perpaduan dan bekerjasama erat dengan rakyat pelbagai negara untuk merealisasikan keharmonian dunia berdasarkan kedamaian dan kemakmuran bersama."
Satu lagi kemajuan yang ketara dalam pelaksanaan dasar luar China adalah penglibatan masyarakat awam, juga pelbagai keputusan yang dibuat dengan cara yang lebih demokratik dan saintifik. Perkara ini selaras dengan prinsip kerajaan China yang "melaksanakan hubungan diplomatik berdasarkan kepentingan rakyat." Kata Wang Yizhou lagi: "Dasar luar yang baru ini lebih memberikan keutamaan kepada kepentingan dan penglibatan rakyat. Ini menjadikan usaha diplomatik mendapat keyakinan dan sokongan masyarakat awam dan dengan itu, mempunyai potensi untuk berkembang maju pada masa akan datang."