Cari:
Pembangunan China Mendatangkan Faedah kepada Dunia
2008-11-25 17:53:05 CRI Cetak

Perkembangan sosioekonomi China yang pesat sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada tahun 1978 disifatkan sebagai "keajaiban China" oleh media Barat. Pembangunan China bukan sahaja meningkatkan dengan ketara taraf hidup rakyatnya yang seramai 1.3 bilion orang itu, malah mendatangkan faedah kepada seluruh dunia.

Pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka sejak 30 tahun yang lalu menjadikan China semakin mesra dengan dunia. Kini, perdagangan luar menyumbang 60% KDNK kepada China, dan China pula memainkan peranan yang kian penting dalam proses globalisasi ekonomi. Bekas wakil China bagi APEC, Encik Wang Yusheng berkata: "Pembangunan dalam tempoh 30 tahun selepas tertubuhnya Republik Rakyat China telah mengubah wajah China yang dulunya amat miskin lagi mundur, dan menyediakan asas kepada pembangunan selanjutnya. Dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada 30 tahun yang lalu, China telah merealisasikan pembangunan yang amat pesat. China memainkan peranan yang semakin penting di arena antarabangsa berikutan peningkatan kekuatan negaranya yang ketara."

Pada tahun 2007, China mewakili 6% daripada jumlah KDNK seluruh dunia dan menyumbang 17% kepada pertumbuhan ekonomi global.

Kini, semakin banyak syarikat China melabur di seberang luat berikutan perkembangan ekonomi China yang pesat. Sehingga tahun 2005, jumlah pelaburan langsung yang dibuat oleh syarikat China di seberang laut mencatat angka 57.2 bilion dolar Amerika, meliputi 163 buah negara dan wilayah di dunia. Pelaburan tersebut telah memainkan peranan untuk menjana pertumbuhan ekonomi tempatan, khususnya di pelbagai negara Afrika, Amerika Latin dan Asia.

Ketika menyebut tentang pengaruh pembangunan China kepada struktur ekonomi dunia, Wang Yusheng berkata: "Perkembangan ekonomi China menjadi contoh kepada beberapa negara membangun seperti India dan Brazil. Hal ini tentu akan mempengaruhi struktur ekonomi sejagat. Kini, jumlah KDNK negara membangun hampir mencecah 50% KDNK dunia. Hal ini juga akan mempercepat proses kepelbagaian dunia."

Pembangunan China dianggap mampu memainkan peranan bagi menstabilkan ekonomi dunia. Kerajaan China yang berjaya menekalkan nilai mata wang RMB ketika krisis kewangan melanda rantau Asia Tenggara pada tahun 1997 telah mendorong pemulihan ekonomi pelbagai negara rantau ini dengan pesat. Ketika krisis kewangan global berlaku pada tahun ini pula, China yang mengemukakan untuk rancangan merangsang ekonomi yang melibatkan peruntukan dana sebanyak 4000 bilion Yuan RMB telah mendapat pujian daripada pelbagai negara di dunia.

Presiden China, Hu Jintao ketika menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 yang baru berakhir di Washington berkata bahawa perkembangan ekonomi China yang pesat dan mapan merupakan sumbangan penting kepada kestabilan kewangan antarabangsa dan pertumbuhan ekonomi global.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China