Cari:
Usaha Melindungi Hak Asasi Manusia di China Capai Kemajuan yang Besar dalam Tempoh 30 Tahun Lalu
2008-12-02 18:36:10 CRI Cetak

Untuk memperingati ulang tahun ke-60 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Dunia dan ulang tahun ke-30 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China, Persatuan Pengkaji Hak Asasi Manusia China mengadakan seminar keilmuan tentang usaha melindungi hak asasi manusia di China sejak 30 tahun pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di Beijing hari ini. Para pakar dan sarjana yang menyertai seminar ini berpendapat bahawa usaha melindungi hak asuai manusia di China mencapai kejayaan yang amat besar di samping berkembang pesatnya bidang sosioekonomi China.

Ketua Pejabat Penerangan Dewan Negara China, Encik Wang Chen menyatakan dalam seminar tersebut bahawa pelaksanaan dasar pembaruan dan pintu terbuka telah menjana pembangunan masyarakat China dengan amat pesat dalam tempoh 30 tahun yang lalu. Dengan itu, usaha melindungi hak asasi manusia di China turut berkembang dengan pesat juga. Katanya:

"Dalam tempoh 30 tahun yang lalu, Parti Komunis dan kerajaan China mengekalkan kaedah yang mengutamakan pembangunan ekonomi untuk mendorong pembangunan seluruh masyarakat. Di samping itu, usaha melindungi hak asasi manusia bersesuaian dengan situasi negara China digalakkan sehingga mencapai kemajuan yang besar."

Presiden Persatuan Pengkaji Hak Asasi Manusia China, Luo Haocai dalam seminar tersebut menyatakan bahawa pembaharuan ekonomi berjaya mendorong pertumbuhan ekonomi China yang pesat dan turut menyediakan asas kebendaan yang kukuh kepada pembangunan hak asasi manusia, terutamanya hak dan kepentingan rakyat dalam sosioekonomi dan kebudayaan. Dalam proses pembangunan itu, sistem politik demokrasi di China terus disempurnakan, dan hak penyertaan rakyat dalam hal ehwal politik juga diperluaskan. Beliau berkata:

"Pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China dalam tempoh 30 tahun yang lalu menyasarkan untuk meningkatkan kebebasan yang melibatkan pelbagai aspek dalam masyarakat dan penglibatan orang awam dalam hal ehwal politik, memelihara hak dan kepentingan rakyat serta mempertahankan kehormatan warganegara."

Wartawan dimaklumi bahawa sistem persidangan Kongres Rakyat China telah disempurnakan, pemilihan penghulu dan anggota jawatankuasa kampung yang disertai oleh petani secara langsung juga dilaksanakan di kebanyakan kampung di China. Pada masa yang sama, saluran bagi orang awam untuk menyertai hal ehwal politik semakin lancer berjalan.

Selain itu, dalam tempoh 30 tahun yang lalu, China berusaha meningkatkan sistem pentadbiran menurut undang-undang supaya usaha melindungi hak asasi manusia yang terlibat dalam penyusunan undang-undang, menguatkuasa undang-undang serta membicarakan kes yang berkenaan ditingkatkan.

Dulu, China jarang menyertai aktiviti berkait dengan hak asasi manusia antarabangsa. Tetapi, sekarang China berkembang menjadi anggota yang penting dalam kerjasama antarabangsa untuk melindungi hak asasi manusia. China telah menandatangani 25 buah konvensyen hak asasi manusia antarabangsa, antaranya Perjanjian Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan.

Pakar daripada Jawatankuasa Perunding Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Chen Shiqiu memberitahu wartawan bahawa China telah mengambil sikap terbuka untuk mendorong perkembangan usaha melindungi hak asasi manusia antarabangsa dan dengan aktif menyertai dialog dan kerjasama antarabangsa. Katanya:

"China dengan Kesatuan Eropah, beberapa negara barat dan A.S., telah memulakan dialog menurut jadual tentang masalah hak asasi manusia. Dialog dan kerjasama, bukan sahaja merupakan arah aliran yang baik, tetapi juga merupakan arus pada masa ini dalam usaha melindungi hak asasi manusia."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China