Cari:
China akan Terus Mengutamakan Sains dan Teknologi dalam Proses Pembangunan
2008-12-15 17:38:33 CRI Cetak

Majlis Memperingati Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Persatuan Sains dan Teknologi China (CAST) telah diadakan di Beijing hari ini. Presiden China, Hu Jintao yang menghadiri majlis itu menyatakan bahawa China akan terus memberikan keutamaan kepada usaha perkembangan sains dan teknologi, dan berusaha meningkatkan daya inovasi agar memberikan sokongan kepada perkembangan sosioekonomi.

Persatuan Sains dan Teknologi China(CAST) ini merupakan pertubuhan kalangan rakyat yang disertai oleh seramai lebih 40 juta orang pekerja dalam bidang sains dan teknologi di China. Pengerusi persatuan itu, Han Qide menyatakan bahawa dengan perkembangan dalam tempoh 50 tahun yang lalu, pertubuhan itu telah mempunyai lebih 160 buah persatuan sains di bawahnya yang mewakili taraf keilmuan yang paling tinggi di China, serta lebih 3000 buah cawangan di pelbagai tempat di seluruh negara. Kata beliau: "Kini, Persatuan Sains dan Teknologi China mempunyai cawangan yang meliputi hampir semua bidang sains, dan menjalankan usaha di kawasan bandar dan desa. Kami aktif melaksanakan usaha untuk mendorong perkembangan usaha sains dan teknologi, memupuk tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi dan giat berusaha bagi menjayakan strategi pembangunan secara berterusan.

Kejayaan besar yang dicapai oleh CAST juga mencerminkan perkembangan pesat dalam usaha sains dan tekonologi China. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China telah mencapai kemajuan yang ketara dalam usaha pembaharuan terhadap sistem sains dan tekonologi dan penyempurnaan undang-undang yang berkaitan dengannya, menyediakan prasarana yang lebih sempurna bagi penyelidikan sains dan melaksanakan sejumlah projek penyelidikan sains yang penting.

Presiden China, Hu Jintao ketika menyampaikan ucapan dalam majlis itu menyatakan bahawa kini taraf perkembangan sains dan tekonologi China menduduki tempat di hadapan antara pelbagai negara membangun dan mewakili taraf paling tinggi di seluruh dunia dalam beberapa bidang yang tertentu. Menurut beliau, perkembangan pesat usaha sains dan teknologi telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan ekonomi dan masyarakat serta peningkatan taraf hidup rakyat. Tegas beliau, kini negara yang menguasai teknologi yang maju lebih berkemampuan dalam menjana perkembangan sosioekonomi dan lebih berdaya saing dalam kekuatan bersepadu negara. Beliau menyatakan bahawa China akan terus berusaha meningkatkan daya inovasi ketika melaksanakan usaha pembangunan negara yang moden. Kata beliau "Usaha inovasi amat penting bagi pembangunan sesebuah negara dan bangsa dan memberikan manfaat kepada rakyat. China akan terus memberikan keutamaan kepada usaha sains dan teknologi, melaksanakan dengan bersungguh-sungguh pelbagai pendekatan bagi mengembangkan sains dan tekonolgi bagi jangka panjang dan sederhana, mempercepat pelaksanaan beberapa program penyelidikan sains yang penting, dan meningkatkan peruntukan bagi usaha meningkatkan daya inovasi.

Di samping itu, beliau juga meminta agar pekerja yang berkhidmat dalam bidang sains dan teknologi memberikan tumpuan kepada usaha penyelidikan sains dan teknologi yang penting bagi menjana perkembangan sosioekonomi negara. Kata beliau: "Pekerja dalam bidang sains dan tekonolgi diharapkan mempergiat usaha penyelidikan sains yang maju dan bermanfaat bagi rakyat, berusaha menguasai teras teknologi yang penting dan menghasilkan produk sains dan teknologi yang mempunyai hak harta sendiri."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China