Cari:
China Membuka Lembaran Baru Selepas Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka Dilaksanakan.
2008-12-18 17:56:36 CRI Cetak

China memasuki peringkat yang baru selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan berikutan Sidang Pleno Ke-3 Jawatankuasa Pusat Ke-11 CPC yang diadakan pada tahun 1978.

Sesudah 30 tahun, interaksi dalam bidang ekonomi antara China dengan luar telah melebihi bebrapa negara maju. Perdagangan China dengan luar negara hanya berjumlah 20 bilion dolar Amerika pada tahun 1978, iaitu ketika perdagangan China dengan luar negara berada di peringkat permulaan. Manakala, jumlah keseluruhan import dan eksport China pada tahun 2007 mencatat angka lebih 2 ribu bilion dolar Amerika. China telah menganggotai WTO pada tahun 2001 dan ini merupakan peristiwa yang penting bagi China kerana berjaya masuk dalam arena ekonomi dunia.

China juga giat menganggotai pelbagai pertubuhan serantau, dan amat mementingkan pembangunan bersama dengan kawasan dan negara jirannya. China merupakan salah sebuah negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan menyertai forum ASEAN. Kini, China turut menyertai Rundingan Enam Pihak mengenai Isu Nuklear Semenanjung Korea dan merupakan anggota utama mekanisme penyelarasan 6 negara tentang isu nuklear Iraq.

Hubungan ekonomi dan kepercayaan politik antara satu sama lain juga memajukan kegiatan pertukaran budaya China dengan budaya sedunia. Budaya dan bahasa China pula menjadi satu budaya dan bahasa yang minat menarik ramai di dunia. Demi memenuhi permintaan rakyat di pelbagai negara terhadap budaya China, lebih 200 buah Universiti Konfusios China telah ditubuhkan di pelbagai negara di dunia.

Bekas Menteri Luar China, Li Zhaoxing berkata bahawa China kini lebih mematuhi peraturan antarabangsa, contohnya, China telah menganggotai WTO pada tahun 2001. Hal ini membuktikan bahawa China sudah pun memasuki proses globalisasi dalam bidang ekonomi.

Selepas berlakunya bencana gempa di Wenchuan Sichuan pada bulan Mei tahun 2008, berita ini terus disiarkan oleh media China ke seluruh dunia. Perkara ini menandakan bahawa keyakinan yang diperlihatkan oleh China ini telah mendapat penghargaan yang tinggi oleh sedunia.

Walau bagaimanapun, China masih mempertahankan keistimewaan budayanya, walaupun kerap mengadakan hubungan pertukaran dengan dunia luar. China juga berjaya mengekalkan dasar sosialismenya yang bercirikan China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China