(Presiden China, Hu Jintao berucap dalam majlis peringatan ulang tahun ke-30)
Pelaksanaan pembaharuan dan pintu terbuka merupakan pilihan penting yang menentukan nasib China pada zaman moden ini.
Presiden China, Hu Jintao menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis peringatan ulang tahun ke-30 Sidang Pleno Ke-3 Jawatankuasa Pusat Ke-11 Parti Komunis China (CPC) di Beijing semalam.
(majlis peringatan ulang tahun ke-30 Sidang Pleno Ke-3 Jawatankuasa Pusat Ke-11 CPC)
Beliau melihat pentingnya peranan sidang tersebut dalam sejarah CPC dan pembangunan masyarakat China.
Beliau menyatakan, pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka merupakan jalan yang mesti ditempah untuk mewujudkan sosialisme yang bercirikan China, dan patut diteruskan.