Sejak China melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada 30 tahun lalu, ekonomi Tibet mencatat pertumbuhan pada kadar melebihi 10% purata setiap tahun. KDNK Tibet tahun ini dijangka meningkat hampir 18 kali berbanding dengan tahun 1978.
Demikian wartawan dimaklumkan dalam Majlis Peringatan terhadap Ulang Tahun ke-30 Penyelenggaraan Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-11 Parti Komunis China oleh Wilayah Autonomi Tibet. Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Tibet Parti Komunis China, Zhang Qingli menyatakan, pada penghujung abad lalu, kebanyakan penduduk Tibet boleh mendapat makanan dan pakaian yang mencukupi. Setelah memasuki abad ini, pendapatan bersih petani dan penternak Tibet mengekalkan pertumbuhan pada kadar melebihi 10% selama 6 tahun berturut-turut.
Zhang Qingli berkata, sejak China melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, kerajaan pusat telah memberi pelaburan langsung hampir 100 bilion yuan RMB kepada Tibet. Dengan adanya pelaburan ini kemudahan infrastruktur di Tibet telah banyak ditingkatkan.