Cari:
Wen Jiabao Temui Tony Blair dan David Cameron
2009-02-02 09:50:43 CRI Cetak

Perdana Menteri, Wen Jiabao yang sedang mengadakan lawatan di Britain semalam mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Pemimpin Parti Konservatif, David Cameron secara berasingan.

Ketika bertemu dengan Blair, Wen Jiabao menyatakan bahawa krisis kewangan antarabangsa kini semakin merebak. Jadi jawatannya kali ini bertujuan untuk memperkukuh keyakinan demi meningkatkan kerjasama China-Britain dan untuk mengatasi kesukaran semasa bersama-sama. Blair pula menyatakan bahawa ucapan Perdana Menteri, Wen Jiabao dalam sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia Davos, sangat penting dan memperlihatkan keyakinan untuk mempererat kerjasama dan mengatasi masalah yang berkenaan. Ini sangat diperlukan oleh masyarakat antarabangsa.

Semasa bertemu dengan Cameron, Wen Jiabao menyatakan bahawa China sangat mementingkan hubungan dengan Parti Konservatif dan bersedia untuk terus meningkatkan hubungan antara Parti Komunis China dengan Parti Konservatif di sana. Cameron pula menyatakan bahawa partinya mengekalkan prinsip "satu China" dan menyokong kuat usaha untuk mengembangkan hubungan dengan China. Beliau berkata bahawa China bersikap bertanggungjawab ketika menghadapi krisis kewangan dengan menambah permintaan dalam negara dan mengekalkan keterbukaan pasaran yang bermanfaat bagi Britain dan seluruh dunia. Beliau menambah bahawa pasaran Britain juga terbuka bagi China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China