Cari:
China Mencapai Hasil Ketara dalam Usaha Atasi Kemarau Melalui Cara Saintifik
2009-02-19 12:40:08 CRI Cetak

Beratus ribu ahli sains pertanian turun ke kawasan tanah pertanian yang dilanda kemarau untuk membantu para petani mengatasi kemarau melalui cara saintifik.

Menurut pegawai Kementerian Pertanian China, keadaan bencana kemarau dapat diredakan. Setakat 17 Februari lalu, keluasan kawasan bencana kemarau di 8 buah provinsi termasuk Henan telah berkurang 53% berbanding keadaan pada 7 Febuari lalu. Selain itu, jumlah penggunaan air dapat dijimat lebih daripada 70% melalui cara pengairan baru berbanding cara pengairan lama.

Cara mengatasi kemarau secara saintifik, pengairan sambil membaja serta mencegah serangga perosak akan dijadikan cara teknikal penting bagi mengatasi kemarau pertanian.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China