China selalu mengutamakan hubungan dengan A.S. dari segi strategi.
Ketika dikunjungi oleh Setiausaha Negara A.S., Hillary Clinton pagi tadi, Presiden Hu Jintao berkata, China bersedia bersama-sama dengan A.S. untuk menangani cabaran dan mempereratkan lagi hubungan kedua-dua negara.
Hu pula menanti-nantikan lawatan rakan sejawatnya dari A.S., Barack Obama ke China seawal mungkin untuk bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu yang menjadi perhatian bersama.
Bagi Hillary pula, lawatan beliau merupakan permulaan era baru bagi A.S. dan China menjayakan kerjasama yang proaktif. Beliau berharap agar perjanjian tentang dialog strategi dan ekonomi kedua-dua negara dapat dikeluarkan semasa pertemuan Presiden Barack Obama dengan Presiden Hu Jintao di London nanti.