Menteri-menteri kewangan tersebut telah menghadiri sidang akhbar selepas sidang itu ditutup. Menteri Kewangan Thailand, Korn Chatikavanji telah memaklumkan tentang "Rancangan Tindakan Menstabilkan Ekonomi dan Kewangan di Asia".
Menurut rancangan tersebut, negara-negara yang terlibat telah mencapai kata sepakat tentang nisbah belanjawan yang patut dipikul negara masing-masing, dasar rizab wang asing dan mekanisme operasi untuk dibawa ke dalam Sidang Menteri Kewangan ( 10+3 ) yang akan diadakan di Bali Indonesia pada bulan Mei tahun ini. Jabatan pemantauan ekonomi serantau yang bebas akan dibentuk di rantau ASEAN dan China, Jepun dan Republik Korea untuk meningkatkan daya pemantauan ekonomi rantau ini..
Sidang ini merupakan sidang khas kewangan ASEAN dan China, Jepun dan Republik Korea yang pertama sejak berlakunya krisis kewangan sejagat pada tahun lalu. Pengarah Jabatan Bank Pembangunan Asia ke Thailand, Jean-Pierre A. Verbiest menyatakan bahawa pelbagai negara di Asia yang berorientasi perdagangan luar, misalnya Singapura yang jumlah keseluruhan perdagangan luarnya melebihi KDNK negaranya telah mengalami akibat yang sangat teruk. Oleh itu, kelembapan ekonomi akan berlaku di rantau ini dan peningkatan ekonomi bagi kebanyakan negara Asia akan menurun 2%. Namun, ekonomi di rantau ini meningkat oleh sebab China dan India dapat mengekalkan pertumbuhan ekonominya yang pesat. China dijangka mencatat pertumbuhan pada kadar 6-7%, India mencatat pertumbuhan kira-kira 5%.
Delegasi China telah diketuai oleh Menteri Kewangan China, Xie Xuren untuk menghadiri sidang itu. Xie Xuren dalam sidang tersebut telah menjelaskan situasi ekonomi makro di China, dan tindakan yang diambil oleh kerajaan China untuk menangani kesan krisis kewangan sejagat tesebut. Beliau menyatakan bahawa meningkatkan kerjasama antara negara-negara di Asia Timur, termasuk menjayakan "Cadangan Chiang Mai" bagi memanfaatkan pelbagai hala dan menubuhkan tabung rizab wang asing serantau merupakan tugas yang penting dan juga menjadi landasan penting bagi rundingan dalam sidang ini.
Perdana Menteri Thailand, Abhisit Veijajiva telah pergi ke Phuket khusus untuk menemui para menteri kewangan yang menghadiri sidang tersebut. Beliau menyatakan bahawa tujuan sidang ini yang paling penting ialah meningkatkan kerjasama antara pelbagai negara, khususnya untuk merapatkan kerjasama kewangan berkait dengan krisis kewangan sejagat . Hal ini meliputi tiga perkara, iaitu, pertama, bekerjasama bagi membanteras pelbagai risiko, kedua meningkatkan kerjasama berasaskan "Cadangan Chiang Mai" supaya kerjasama pelbagai hala dapat diwujudkan, meningkatkan jumlah rizab tukaran wang asing yang berkenaan yang diharapkan oleh pelbagai pihakdan ketiga, mencari saluran untuk memperluas pasaran bon di rantau ini.