Pameran ulang tahun ke-50 pembaharuan demokrasi Tibet dirasmikan di Beijing hari ini. Pameran tersebut menunjukkan kejayaan Tibet dalam bidang pembaharuan demokrasi dalam tempoh 50 tahun yang lalu melalui gambar, barang-barang dan dokumen yang berkenaan.
Setelah kerajaan pusat China memeterai perjanjian dengan kerajaan Tibet untuk membebaskan secara damai wilayah tersebut pada tahun 1951, kerajaan tidak segera melaksanakan pembaharuan terhadap sistem sosiopolitik di wilayah tersebut. Pada bulan March 1959, Kumpulan Dalai yang diketuai oleh Dalai Lama telah menyebabkan pergolakan di Tibet untuk mengekalkan sistem perhambaan di sana. Setelah berjaya meredakan pergolakaan tersebut, kerajaan pusat mula melaksanakan pembaharuan demokrasi dan memansuhkan sistem perhambaan di wilayah tersebut. Berjuta-juta orang hamba di Tibet telah dibebaskan pada masa itu.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Liu Yunshan dalam upacara perasmian pameran tersebut menyatakan bahawa orang yang betul-betul mengetahui keadaan di Tibet dan memberikan perhatian besar terhadapnya tidak akan menafikan kenyataan, iaitu penduduk Tibet sebagai tuan rumah telah mencapai kejayaan besar dalam pembangunan. Kerajaan pusat dan rakyat seluruh negara amat menyokong kuat usaha penduduk Tibet selama 50 tahun yang lalu, iaitu sejak pembaharuan demokrasi dimulakan di wilayah tersebut. Katanya, "Fakta sejarah telah membuktikan bahawa Tibet tidak mungkin dapat mencapai kejayaan yang begitu cemerlang dalam pembangunan masyarakat jikalau pembaharuan demokrasi tidak dilaksanakan di wilayah itu. Pimpinan Parti Komunis China dan sistem autonomi etnik merupakan asas bagi Tibet untuk mencapai kegemilangan."
Melalui sekian banyak data yang berkenaan dalam pameran tersebut terbukti bahawa Tibet merupakan wilayah yang tidak boleh terpisah daripada China sejak zaman dahulu lagi. Data tersebut juga membongkar keburukan sistem perhambaan dan kebenaran pergolakan yang dilakukan oleh kumpulan Dalai pada tahun 1959. Zhu Xiaohui dari Institut Tibetologi Tibet China berkata, "Pemeran tersebut telah menunjukkan muka Dalai yang sebenar di belakang topengnya, serta fakta sejarah yang berkaitan dengannya. Rakyat seluruh dunia dapat lebih memahami dan mengetahui keadaan yang sebenar di Tibet."
Seorang pengunjung etnik Tibet, Pubu Drolma yang sedang melawat pameran itu berkata, "Pameran itu amat menakjubkan dan mendedahkan keadaan yang sebenar di Tibet kepada orang awam. Keluarga saya tinggal di wilayah ini sejak turun-temurun. Pada masa dahulu, penduduk di Tibet kekurangan pakaian dan makanan, taraf hidup mereka amat rendah. Tetapi sekarang, penduduk di wilayah itu hidup selesa dan bahagia."
Pameran yang akan berlangsung selama sebulan setengah itu dibahagikan kepada lima ruang, iaitu membebaskan Tibet secara damai, meredakan pergolakan bersenjata, pembaharuan demokrasi. Penyatuan dan pemisahan, pertentangan antara kemajuan dan kemunduran dalam tempoh 50 tahun serta kejayaan yang cemerlang dalam bidang pembangunan sosioekonomi dan hak asasi manusia. Sejumlah lebih 500 keping gambar, lebih 180 buah barang-barang serta ukiran dan rakaman video yang berkenaan akan dipamerkan dalam aktiviti tersebut.