Cari:
China Keluarkan Kertas Putih "Ulang Tahun Ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet"
2009-03-02 16:43:58 CRI Cetak

Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan kertas putih "Ulang Tahun Ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet" hari ini. Ia merupakan kertas putih ke-8 mengenai isu Tibet yang dikeluarkan oleh kerajaan China. Menurut kertas putih itu, pembaharuan demokratik Tibet bukan sahaja merupakan peristiwa yang amat penting dalam pembangunan masyarakat dan kemajuan hak asasi manusia di Tibet, tetapi juga langkah yang bererti dalam pembaharuan peradaban manusia dan sejarah hak asasi manusia di dunia.

Kertas putih itu secara sistematik memperkenalkan latar belakang pembaharuan demokratik sejak 50 tahun lalu, proses pembaharuan, perubahan serta kejayaan selepas pembaharuan tersebut dilaksanakan.

Kertas putih itu menyatakan bahawa pada masa sebelum tahun 1959, Tibet dibelenggu sistem perhambaan yang menggabungkan agama dengan politik yang keadaannya lebih gelap berbanding dengan Zaman Pertengahan Eropah. Dalai Lama XIV sebagai pemimpin puak Gelug agama Buddha Tibet itu merupakan ketua kerajaan tempatan dan memiliki kekuasaan agama dan politik. Golongan pegawai, bangsawan dan sami peringkat tinggi cuma merupakan 5% daripada jumlah penduduk di Tibet, namun mereka menguasai kebanyakan harta masyarakat Tibet, manakala hamba yang merupakan 95% daripada jumlah penduduk itu dieksplotasi dan ditindas.

Kertas putih itu memetik kata-kata pakar tentang Tibet, Tom Grumfeld dari Universiti Negeri New York bahawa: "Pada masa sebelum tahun 1940, di kawasan timur Tibet, lebih 38% keluarga tidak mampu minum teh, lebih 51% keluarga tidak mampu makan mentega, dan lebih 75% keluarga terpaksa makan rumput yang direbus dengan tulang lembu atau dicampur dengan oat atau tepung kacang."

Tiada bukti yang menunjukkan Tibet ialah masyarakat yang bahagia sebelum pelaksanaan pembaharuan

Kertas putih itu memaklumkan latar belakang dan proses pembaharuan. Pada tahun 1951, kerajaan pusat menandatangani "Perjanjian tentang Pembebasan Tibet secara Damai" yang menegaskan "kerajaan tempatan Tibet melaksanakan pembaharuan sendiri." Namun, dengan sokongan pembrontak di luar negara, pada 10 Mac 1959, kerajaan Tibet membatalkan perjanjian itu dan melancarkan pemberontakan bersenjata. Kerajaan pusat dan rakyat Tibet dapat mematahkan pemberontakan itu. Pada 28 Mac 1959, mendiang Perdana Menteri, Zhou Enlai mengeluarkan perintah Dewan Negara bagi membubarkan kerajaan tempatan Tibet, menghapuskan sistem perhambaan, dan membebaskan semua hamba.

Selepas pembaharuan demokratik itu dilaksanakan, kerajaan pusat terus menjalankan pelbagai dasar baru dan pembaharuan di Tibet, seperti membolehkan hamba memiliki tanah sendiri; memisahkan agama daripada politik dan melaksanakan kebebasan beragama; serta mengadakan pilihan raya di Tibet.

Dalam pembaharuan selama 50 tahun lalu, pelbagai bidang Tibet seperti politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan telah mengalami perubahan yang raksasa. Pada tahun 1965, Wilayah Autonomi Tibet diwujudkan. Dari tahun 1951 hingga 2008, kerajaan pusat telah memperuntukkan lebih 100 bilion yuan RMB bagi mengadakan pembinaan infrastruktur di Tibet. Kadar pertumbuhan purata KDNK Tibet mencatat 12.8% sejak tahun 1994, dan lebih tinggi daripada taraf purata seluruh negara.

Dibawah sokongan dan perhatian kerajaan pusat, taraf hidup penduduk Tibet meningkat dengan pesat, dan taraf perumahan, perubatan, pendidikan serta perkhidmatan budaya telah diperbaiki dengan ketara. Usia purata rakyat Tibet meningkat sekali ganda daripada 50 tahun yang lalu. Budaya tradisional Tibet mendapat perlindungan, dan kebebasan beragama terjamin.

Kertas putih itu menunjukkan bahawa Tibet sedang menghadapi masa pembangunan yang paling baik dalam sejarah. Namun, kumpulan Dalai tidak pernah melepaskan niat bagi memulihkan sistem perhambaan dan memisahkan negara. Kerajaan pusat sentiasa membuka pintu kepada Dalai Lama XIV.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China