Cari:
Dekyi Sanjung Tinggi Kertas Putih "Ulang Tahun ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet"
2009-03-03 10:24:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tindakan kerajaan pusat mengeluarkan kertas putih "Ulang Tahun ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet" secara khusus menggambarkan perhatian penuh kerajaan pusat terhadap penduduk pelbagai kaum di Tibet dan mencerminkan hasrat bersama rakyat Tibet. Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Tibet, Puan Dekyi berkata demikian di Lhasa semalam.

Katanya, jika pembaharuan demokratik tidak dijalankan di Tibet, kebebasan rakyat awam yang merupakan 95% daripada jumlah bilangan penduduk wilayah itu, perkembangan masyarakat Tibet, kemajuan usaha melindungi hak asasi manusia dan kebahagiaan kehidupan penduduk Tibet sekarang tentu tidak dapat diwujudkan.

Dekyi menegaskan, niat kumpulan Dalai yang cuba memulihkan sistem hamba tani feudalisme di Tibet sama sekali tidak dikehendaki penduduk di wilayah itu. Diharapkan Dalai melupakan niat mahukan "kemerdekaan Tibet" dan sebarang kegiatan untuk memulihkan sistem hamba tani feudalisme serta menghentikan semua tindakan yang memecahbelahkan tanah air. Serentak itu beliau hendaklah mengambil langkah-langkah yang bermanfaat kepada pembangunan dan kehidupan penduduk Tibet.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China