Cari:
China Bongkar Kes Barangan Tiruan dan Bermutu Rendah
2009-03-03 15:34:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jabatan kawalan mutu, pemeriksaan dan kuarantin pelbagai peringkat di China membongkar 174 ribu kes tahun lalu yang melibatkan barang tiruan dan rendah mutu bernilai 2.91 bilion yuan RMB. Demikian dimaklumkan Jabatan Pentadbiran Am Kawalan Mutu, Pemeriksaan dan Kuarantin Negara (AQSIQ) semalam.

Menurut AQSIQ, pada tahun 2008, pihaknya membuat pemeriksaan terhadap 28 jenis bahan makanan yang dikeluarkan tanpa lesen. Mereka turut menjalankan pemeriksaan terhadap syarikat yang mengeluarkan 10 jenis produk termasuk cat dan barang gantian automotif. Jabatan tersebut turun padang untuk membongkar kes seumpama itu bagi mengelakkan petani mengalami kerugian sebanyak hampir 100 juta Yuan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China